Sunday, 6 March 2011

Mencintai tidak seharusnya memiliki

“Mencintai tidak seharusnya memiliki.” Banyak orang yang boleh bercakap ayat ini,tetapi bagi saya,saya ada definisi saya yang tersendiri dalam istilah ini.

Cinta?? Apa itu cinta??? Cinta tu hanya untuk couple je ke?? Hmm..terserahla pada diri masing-masing untuk menganggap aspek cinta itu bagaimana.

Bagi saya,cinta yang sejati itu tidak seharusnya memiliki.Sebagai contoh dari kisah peribadi saya sendiri,seperti arwah Mak saya,Salbiah bt Din.Masa arwah Mak meninggal,saya tak rasa apa-apa pun.Mungkin dulu zaman budak-budak kot,tak tahu erti kehilangan orang yang disayangi lagi.Bila dah besar ni,barulah rasa kehilangan,kehilangan,kekosongan hati yang teramat sangat.Betullah kata orang,manusia ini akan menghargai sesusati bila dah kehilangannya.Bila dah hilang,menangis air mata darah sekalipun tidak berguna.Sia-sia belaka.

Saya cinta dia,saya sayangkan dia,saya sentiasa mahu melindungi dia dari jauh mahupun dekat.Saya nak selalu di sisi dia.and everything yang terbaik untuk dia.Ya,saya tahu,siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan si “dia”.Saya hanyalah seorang  lelaki biasa,sama saja lelaki-lelaki di luar sana.Tapi,saya rasa sakit,sakit memperjunagkn untuk memiliki dia.Ya,baru sekarang saya rasa.Mungkin dulu saya tak hargai cinta indah,kerana saya tidak susah untuk mendapatkannya.Sekarang bila nak dapatkan cinta ini,barulah saya tahu dan sedar betapa susahnya untuk mencintai orang yang tidak mencintai kita sama sekali.Baru nak hargai betapa bernilainya perasaan ini.Mungkin,inilah Karma buat saya.Padan muka.

Dari jauh,saya hanya mampu berdoa,semoga dia terbuka hati untukku.Jika tidak pun,saya rela demi kebahagiaanya.”Mencintai tidak seharusnya memiliki.” I WISH EVERYTHING THE BEST FOR YA. 

*INFINITY LOVE*

1 comment: